Wednesday, December 31, 2008

31 DEC 1989...

Hari ini 31 Disember. Mengingatkanku kepada kisah pahit kira-kira 20 tahun lalu ketika itu aku masih di UM. Biasalah kan..."orang KL' kalau pertukaran tahun...mesti cari seronok-seronok punya.

Malam itu...aku diajak oleh "K" (bukan Datuk K) "tengok-tengok" bunga api di Dataran Merdeka.. Sebenarnya tak ajak pun aku boleh datang sendiri. UM bukan jauh sangat dari ibu kota. Untuk makluman "K" tu kira kawan sekampus yang special la. Jangan jeles ok.

Mula-mula tu syok la lepak-lepak. Tidak semana-mana si "K" jumpa si "M" yang juga siswi di kampus kami. Tau apa yang jadi? Rupa-rupanya...si "K" dalam diam-diam ada hubungan juga dengan si "M" , so...bila dia nampak kami duduk dekat-dekat, dia terus buat macam dalam filem, dan si lahabau (si "K") pun buat aksi memujuk macam dalam filem. Berabis mereka kecek kelantan!

Punyalah aku gerammmm....nasib baik aku ternampak beberapa kenalan siswi dari UM juga. Aku segera mengabungkan diriku dengan mereka. Aku biarkan dua insan bercinta itu saling pujuk-merajuk.

Jadi....tiap kali pertukaran tahun...aku pasti teringat kisah luka tapi lucu ini.
AKU BUAT-BUAT KETAWA!
Hai...lelaki...lelaki...

5 comments:

  1. Nah.. Aku pulak ni jadi first comentator ni kali.. Pun begitu bukanlah tujuan ku untuk mengomen entry/post cik Kak Melati. Adapun tujuan ku di ruangan komen ini adalah untuk membuat ucapan selamat tahun baru Hijrah/Masihi. Sama2lah kita mengubah apa yang kurang dan memperbaiki apa yang silap dimasa lalu. Sama2 kita jadikan sejarah lalu sebagai pengalaman hidup kita sehari-hari. Urang tua2 cakap pengalaman mematangkan fikiran...

    Sama2 kita berhijrah dari hal yang kurang baik kepada yang lebih baik. Tidak ada insan yang sempurna dalam segala hal di dunia ini. Apa yang baik itu kita jadikan sebagai teladan dan yang tak baik itu kita jauhkan dan kalau boleh kita baiki sama2.. Salam blogger Kota Marudu...

    ReplyDelete
  2. sinag ja baitu, wanita pun ramai juga mcm tu heheh. 2 x 5 jg kalu sia tu. tidak pro mana2. sapa salah kita suru ja si tasutokow gigit dia.

    ReplyDelete
  3. Apalah guna rumpun buluh,
    Baik ditebang buatkan titi;
    Apalah guna duduk mengeluh,
    Orang tak ada tak usah dinanti.

    ReplyDelete
  4. sukma rindu, dah rasa ke belum SEMUA yang ku rasa?

    ReplyDelete