Thursday, December 25, 2008

DUA KALI AKU MENCINTAINYA...

Aku mau tulis "Dua kali aku mencintaimu" seperti tajuk drama tv tapi aku risau ada pembaca tanya aku : " woii...daratua, bila masa kita bercinta? kenal pun tidak!". Malulah aku kan?

Tapi benar. Aku pernah mencintai seorang lelaki sebanyak dua kali. Celaka betul drama tv itu yang mengingatkan aku kepada kisah silam yang bikin sakit hati !

Pertama kali aku mencintainya semasa sama-sama study di UM. Cinta sakan (tapi tak buat apa-apa tau!). Lelaki ini cukup gentleman. Maklumlah pelajar medic...
tapi tiada jodoh sebab mak bapanya tak setuju anak mereka khawin dengan orang Sabah! malaslah mau kasi tau kenapa. So, putusllah cinta. aku graduate dan balik Sabah.

Beberapa tahun kemudian...dengan tidak semana-mana bekas kekasihku yang kini suami orang itu posting di KK. Dia yang mulai cari aku kerana katanya....dia masih ingatkan saya...dan dia tidak bahagia dengan.....

Dipendekkan cerita kerana aku takut pembaca lentok dan ada yang sedih, kami pun bercinta lagi dari hati ke hati. Dari telinga ke telinga (melalui telefon). sakit betul hatiku bercinta begitu. Nak rampas dia memang boleh. lelaki yang dah mabuk cinta ni lebih gila dari perempuan gila tau! Bila-bila aku boleh offer dia duduk serumah, seka..... kalau aku mau, tapi aku bukan perempuan jalang!

Itulah kisah cintaku. Dua kali mencintai orang yang tak wajar aku cintai...
Tapi aku bersyukur kerana aku masih tahu menjaga kehormatan diri
dan menjaga imanku.
Le...laki..., APAKAH ENGKAU BOLEH BERSIKAP SEBAGAIMANA
AKU PEREMPUAN?...

(Stop di sini. Mau jatuh air mataku...)
Opsss...SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA PEMBACA
khusus kepada Jenny, Jovina dan Francisa.

11 comments:

  1. Saya lawat laman blog sanguru lalu ternampak blog sdri. Bila saya baca-baca artikel sdri., kasihan juga. Tapi saya fikir sdri. tabah. terpelajar. carilah kebahagian hidup dengan cara yang difikirkan baik berlandaskan jalan baik.

    ReplyDelete
  2. Aku pun benci dengan lelaki yang gagal membahagiakan kaum yang sangat aku kagumi dan kasihi. Jauhilah monyet-monyet tu cikkk...dekati lelaki yang penyayang kepada kaum hawa.

    - Ikhlas dari Abang...

    ReplyDelete
  3. tumpang semangkuk dulu, setelah 7 hari inda dapat online gara2 talian inda bagus. sblm itu salam blog utk sdri melati duka ..

    ReplyDelete
  4. alalalala... memang ag muslihat ini tidak akan terlepas peluang kes kes mcm ni tau. silap2 ini yg ke 4 hahahahaha. jan ko marah ag muslihat. sia salut tul sama ayat2 ko bah. ainaaa, hewan terus bah lelaki, heheh. bertenang melati duka..

    ReplyDelete
  5. dua kali mencintainya, dua kali juga hati 'menerimanya'...

    Yang parah, bila hati menangis cinta tidak membawa ke mana. Usah menguji diri jika tidak begitu pasti sejauh mana kekuatan bercinta begitu.

    jika bukan berair mata, hati terluka berdarah.

    ReplyDelete
  6. wahhh...dilaman si melati kitorang berjumpa ya! melati, dengarlah pandangan hidup para lelaki mithali di atas. Bagus niat diorang tu. Menyaring yang keruh menjadi jernih. Bukan begitu abang awang? hehehe...

    ReplyDelete
  7. aik... betul la sanguru. semua bekumpul di sini. alalala... errr, hm nda paya cakap la. nda kana tiaw.

    ReplyDelete
  8. PERKUMPULAN LELAKI....
    Kesian akak kena keroyok. JANGAN SESEKALI AKAK MASUK PERANGKAP MAUT PAKCIK AWANG ITU. GERAMMM SGT2...KASI TAU BINI2 BARU TAUUU!

    ReplyDelete
  9. cakap senanglah abg mike, bukan senang buat insan bernama wanita melupakan cinta pertama yang utama. kena pula kekasihnya asyikkkk merayu. mentang-mentanglah wanita ni lemah, diambillah pula kesempatan. 2x5 salah tapi SIAPA PALING SALAH DALAM KES KAKAK MELATI INI?
    JAWAB SEKALIAN LELAKI!!!

    ReplyDelete
  10. saya faham juga kesan 'cinta pertama'. Selalunya peringkat ini ada org yg bunuh diri. Saya ada kisah di kalangan kawan2, ada teman mereka membunuh diri. Itu 'aura' cinta pertama.

    Lelaki kalau jenis yang pandai ambil kesempatan, semua ruang jadi peluang. Perempuan kalau diambil kesempatan, semua ruang bagai tiada kekangan.

    Biar la, ikhlas saya jawab. Bukan menuding salah. Cuma ingatan. LELAKI kalau sudah beristeri, ingat sumpah perkahwinan anda. Usah mencabar kerana ada orang lain tersiksa.

    Wanita, usah menguji diri dengan lelaki yang sudah berkeluarga. Jika anda tidak tersiksa, kaum anda yang bergelar isteri itu akan mengambil tempat untuk tersiksa.

    minta maaf... kemungkinan saya melangkau sempadan untuk 'berkongsi' pendapat. Tapi biar la saya katakan saya juga lelaki yang suka berterus terang... Bantu sama bantu kan mawar desa

    ReplyDelete
  11. adesss.. macam dalam pilem pla...siuk klu taru tajuk "FORBIDDEN LOVE"..mcm pernah dingar sbb aku pun di UM jga dlu2

    ReplyDelete