Tuesday, October 27, 2009

CINTA LIMA SEGI...

Alang-alang melukakan hati lelaki biar seramai mungkin. Inilah prinsip melati semenjak dua menjak ini selepas ramai lelaki kacau hentam melati.
Kes cinta lima segi ini bukan rekaan semata-mata, namun memang melati mereka-reka rasa cinta dalam sanubari melati. Al kisah terjadilah cinta itu begini ceritanya:
bos melati suka melati dari mulai melati lapor diri. rakan sekerja melati pun ada dua orang menanti-nanti kejatuhan hati melati kepada mereka. yang sorang kacak macam abang Roshyam Nor pelakon tu, yang seorang hidung kemekkk pipi tersorongg-soronggg. sorong dengan MyV melati kanggg...
paling melati lucu, abang driver syarikat melati pun boleh jatuh hati! alamakkk terlebih kuorta sudah...tapi paling naya bila pak guard pun ikut-ikut memancing cinta melati.

Berani-berani pula mereka menelefon dan meng"SMS" melati tengah-tengah malam. Melati macam biasa layan bek punyer terutama bos melati yang mengakui dirinya tidak bahagia...
Melati tak boleh menolaknya kerana....
kerana...
keranaaa...
MELATI NAK JERANGKAP MONYET2 TU!

Friday, October 23, 2009

SIKIT MAKAN PENAMPAR

MeLaTi kaum lemah, lelaki seperti anda kaum gagah perkasa macho. Siapa yang patut tampar siapa dan siapakah pula yang lebih layak melindungi?
A. Lelaki
B. Jantan ( )
C. Monyet

barangkali kaum monyet tidak mahu menjawab soalan melati diatas lantas menyoal melati dengan soalan biasa kaum monyet: - woiii ngko nampak ni? mo kena? bagi sebijik kang!
Biasalah kan wahai kaum sejenis melati.
Biasalah mereka-mereka itu menunjuk kejantanan dan tidak pernah ada rasa kemaluan terhadap kaum melati.
Jantan ape sikit-sikit nak kasi penampar?
Itulah yang pernah melati lalui sebulan dua lepas, hampir makan penampar seorang lelaki yang melati sangka budiman tau-tau monyetan...

macho haprakkkk.
nyesalll melati setengah mati...

Tuesday, October 20, 2009

BIARKAN MONYET BERGAYUT-GAYUTAN...

Sudahkan anda ke mini zoo di Lok Kawi? Ada beberapa ekor kaum lelaki yang dah jadi monyet disana. Comellll, bergayut dan bermesraan lagi. Bila diberi pisang, bukan main galak lagi! harap-harap ia bukan monyet betina yang kepingin pisang...
Bila melati nengok monyet jantan yang bergaduh kerana nak menakluki monyet betina yang kepingin mengawan barangkali, geli gelaman dan meluat melati dibuatnya. Lelaki begitulah, sanggup bermati-matian, berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan seorang gadis, tapi lelaki jugalah yang menyebabkan peribahasa; "habis madu, sepah dibuang"....
Melati mengaku, melati pernah menjadi mangsa, menjadi tebu tapi melati tidak mengaku melati kelapa yang sudah ditebuk tupai! Tidak sesekali! no! no! no!
Melati hanya dipermainkan oleh teman-teman lelaki melati dulu yang suka bergayut di pondok tepon (telefon awam) sampai subuh. Lelaki mat gayut ini bersilih ganti melukakan hati melati kerana terpaksa bersengkang mata!
Itulah kenangan yang bila melati ingat-ingat maka melati menyamakanlah mereka dengan monyet-monyet yang sedang bergayutan di zoo, di hutan...di kompleks beli belah...

Tidak melati hairan,
ada lelaki dilahirkan menjadi mon...yet...
ada monyet taubat jadi lelaki
Tapi mungkin bukan abang/pakcikkk...
I'm sorryyy uncleee...

Sunday, October 18, 2009

SMS TENGAH MALAM...

Pernah dapat sms ngorat, sms hangat, sms palsu jauh-jauh malam? biasa? memang itulah taktik biasa kaum mon...
Melati antara mangsa sms ngorat tu. Ntah siapa beri no hp melati. seingat melati, tak pernah pula melati mengiklankan diri melati.
"...yang kesepian"...itu antara isi sms seorang ops seekor monyet kepada melati beberapa hari yang telah berlalu.
Tau apa jawapan melati? melati jawab; "...pi zoo...cari teman..."
sms datang lagi, dan melati x jawab lagi. Melati tahu itu taktik kaum lelaki yang dah mulai tumbuh ekor atau tumbuh tanduk atau paling tepat dah mulai menggatalll...
Nasihat melati kepada kaum sejenis dan senasib melati cukup praktik dan pasti berkesan:
1. Jawab direct to the point - MAKI HABIS-HABISAN dengan cara paling kewanitaan!
2. Usah layan lagi selepas itu. Siapa layan, alamat terkena. Sebab biasanya ayat-ayat kaum monyet ini menyusul sebaris demi sebaris. Jadi sebelum menjadi satu madah berhelah, PADAM terusssssssssss....

Jom pergi ke zoo....mana tahu ada antara pemangsa-pemangsa kita telah ditempatkan di sana.

Thursday, October 15, 2009

PADAN MUKA MU KA...

Padan muka! itulah yang paling sesuai dihadiahkan kepada lelaki-lelaki yang hidung kontot tapi mengaku mancung, pipi tembam, perut boroi tapi mengaku slim muda remaja. Dasar mon...
Melati ada satu staf, maksud melati, staf bawahan melati tapi alahaiiii punyalah pelupa. Melayu mudah lupa benar. Bukan lupa dompet atau helmet kapcainya tapi LUPA DIRI! Lupa dia siapa. maksud melati bukan lupa dia cuma lulusan SRP, bukan. Dia lupa yang dia itu sudah beranak bini. Bukan sikit2 bininya ...kalau tak silap anaknya ada 8 dari dua bini, dan ada hati konon beris "three". Taik kuching betul. Menyampahhhhhh melati....
Mungkin kerana pelupanya itulah makanya staf bawahan melati itu hilang rasa hormatnya kepada atasan sehingga berani bangat mengorat melati depan....depan siapa lagi kalau bukan kaum sejenisnya yang juga pelupa!

jadi,,,barangkali tidak keterlaluan jika melati tulis di sini dengan penuh keikhlasan:"LELAKI MUDAH LUPA..."

kepada kaum sejenis melati, apa kata kita ketawa sama-sama?
1,2,3....KETAWAAAA...

Monday, October 12, 2009

MONYET TERCARI-CARI...

Beberapa bulan melati melayukan diri tapi kini kembang mewangi kembali khas untuk LE..LA..KI @ moonn.....(bukan bulan tapi mon...yettttttttttt...).
Sedih untuk melati ceritakan kenapa melati terpaksa melayukan diri ini, semua gara2 lelaki. Melati bukan kena rogol atau diapa-apakan cuma melati menerima lampau banyak tohmahan, sindiran, kutukan, bahkan ada juga monyet2 mengugut melalui e-mail melati sampai kepenatan melati "mendelete"nya.
Alahaiii monyet, tak dapat bunga terkinja-kinja, diberi bunga, dimain2kan saja, disepah-sepah, kalau dimakan "OK" laa juga...
Ni melati nak kongsi sikit cerita tentang lelaki. Siapa lagi kalau bukan staf kat opis melati juga. sudahlah miang, gatal lagi. Tak sah kalau tak buat gangguan sexsual, paling tidaklah main mata. kalau 10x masih melati anggap matanya masuk habuk, tapi kalau dah susah dikira, dah sah ada benda jatuh dalam hatinya!
oya, baru melati ingat, melati lupa ucap perkara yang melati wajib ucapkan: "SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN"
Kalau ada monyet terluka disana sini tu, pandai-pandailah korang jahit sendiri. Kalau nak minta rawatan dengan melati, alamat kena jahit lebih banyak luka lagi...

Baru lega sikit hati melati....