Wednesday, December 31, 2008

31 DEC 1989...

Hari ini 31 Disember. Mengingatkanku kepada kisah pahit kira-kira 20 tahun lalu ketika itu aku masih di UM. Biasalah kan..."orang KL' kalau pertukaran tahun...mesti cari seronok-seronok punya.

Malam itu...aku diajak oleh "K" (bukan Datuk K) "tengok-tengok" bunga api di Dataran Merdeka.. Sebenarnya tak ajak pun aku boleh datang sendiri. UM bukan jauh sangat dari ibu kota. Untuk makluman "K" tu kira kawan sekampus yang special la. Jangan jeles ok.

Mula-mula tu syok la lepak-lepak. Tidak semana-mana si "K" jumpa si "M" yang juga siswi di kampus kami. Tau apa yang jadi? Rupa-rupanya...si "K" dalam diam-diam ada hubungan juga dengan si "M" , so...bila dia nampak kami duduk dekat-dekat, dia terus buat macam dalam filem, dan si lahabau (si "K") pun buat aksi memujuk macam dalam filem. Berabis mereka kecek kelantan!

Punyalah aku gerammmm....nasib baik aku ternampak beberapa kenalan siswi dari UM juga. Aku segera mengabungkan diriku dengan mereka. Aku biarkan dua insan bercinta itu saling pujuk-merajuk.

Jadi....tiap kali pertukaran tahun...aku pasti teringat kisah luka tapi lucu ini.
AKU BUAT-BUAT KETAWA!
Hai...lelaki...lelaki...

Tuesday, December 30, 2008

BANYAK KALI AKU MENCINTAI LE...LAKI..

Bukan sekali dua kena main, kena tinggal dek lelaki. Untung tidak kena "main". Maaflah, aku ini laser sikit...

banyak kali dah kena. Banyak jenis lelaki, dari yang remaja sampailah yang tua. Dari yang miskin sampailah yang kaya. Semua sama. Pandai bodek, pandai MUSLIHAT. Jangan-jangan si AWANG MUSLIHAT itu pernah kenakan aku tak? Sebab ada juga bekas "boy friend" saya namanya Awang. Pangeran Awang B. XXX. (Tak sampai hati nak sebut nama penuh....)

Namun....wlaupun banyak kali dikecewakan, aku tidak juga serik-serik. Cinta itu indah bukan?
Bodohlah perempuan yang berhenti mencari cinta sejati. Lainlah kalau awak asyik kena te.......
Cuma...semenjak duamenjak ini, strategiku dah berubah:

SAYA CARI LELAKI BODOH YANG BOLEH DIPERBODOHKAN
DISAMPING MENCARI LELAKI SEJATI YANG MUNGKIN BOLEH DIBUAT LAKI..
(2 IN 1) untung bukan (10 in 1)...

Monday, December 29, 2008

HATI-HATI DENGAN MUSLIHAT LE..LA..KI..

Baru-baru ni saya terbaca blog seorang lelaki yang boleh diklasifikasikan kepada BAPA MONYET. Melampaukah cakap saya? Apa tidaknya, dia namakan blognya "Main Kau Janggi". Apa itu kalau bukan menternak monyet-monyet dikalangan lelaki? Kan? Dan namanya pun AWANG MUSLIHAT. Confirm monyet!

Minta maaflah yee kepada blogger2 lelaki. You all mungkin bukan monyet. MUNGKIN JEE...he..he..hhee.
Memang lelaki kaya dengan muslihat. Bijak menipu orang. Marah? Tengoklah siapa yang ramai sabit pecah amanah, rasuah, menjahat. Siapa? siapa? siapa?

Saya sekarang cukup hati-hati berhadapan dengan kaum lelaki.
aku lebih takut lelaki banding jin jembalang.
Kalau jin, baca ayat-ayat, boleh lari.
Kalau lelaki? makin dimaki, makin menjadi!

NAH, SALAHKAH AKU MEM...... LELAKI?

Sunday, December 28, 2008

LELAKI YANG SANGAT AKU MELUAT

Pernah dengar pepatah berbunyi : hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong?
Aku bukan setakat dengar bahkan jumpa sudah lelaki yang hidung memang penyek tapi mengaku dan merasa dirinya macam John Travolta!

BUAYA BETUL!
Ini lelaki kerja sebelah ofis kami. Tiap pagi selalu dia intai-intai aku dan kawan-kawan sejantinaku yang lawa-lawa. Ucap "gud morninglah", salamlah...
NGORAT LA TU! APA LAGI?

Tadi pagipun nyakat aku lagi.
Untung ngm-ngam ada bos kami yang macho.
HAMPIR-HAMPIR AKU PELUK BOS, MAU KASI TENGOK SAMA ITU BUAYA
kasi sakit-sakit hatinya.
TAPI....nanti aku pula dikata "POMPUAN MIANG"!
HE...he...heee.....

Saturday, December 27, 2008

BOS KADANG-KADANG MENGATAL...

Bos kami dari kaum Adam. Walaupun dah berstatus bapa tetapi masih kelihatan muda. Jauh lebih muda dari "Pak Guard" yang jaga malam ofis kami. Memang mengancam jiwa kaum Hawa. Korang jangan ketawa. Kalau korang berhadapan dengan bos macho....aku takut ada yang ikut dia balik rumah jadi "orang dapur"....he...he...heee...

Aku tak cop bos kami sebagai "monyet" sebab dia lampau tampan dan macho dipanggil monyet. Tapi si bos kami ni kekadang MENGATAL juga. kadang-kadang dia jeling-jeling juga betis, punggung dan....... Naik SERAM kami dibuatnya.

Haiiii.....lelaki....
bukan lelaki kalau tak suka barang kepunyaan wanita???...
YA KAH?
Right?

Friday, December 26, 2008

MONYET PANDAI SMSSS...

Semalam hpku tiba-tiba berbunyi : "smssss...". ada masej dari nombor yang tak dikenali. Berdebar-debar.
Sekali buka, ada sms dari seseorang yang macam nak mengorat!
SAH LELAKI JENIS MONYET!

Konon dah lama "admire" . Dah banyak kali dah aku kena trick cam ni. Bo layan saja!
Last-last aku jawab: " sry...wrong no..."
Dia masih terus sms.
Biasalah lelaki...monyet tak pandai serik sebelum dapat pisangkan? he...he...he...
last-last aku off hp.

NI LA KERJA LELAKI! BIKIN GAWATTTT....

Thursday, December 25, 2008

DUA KALI AKU MENCINTAINYA...

Aku mau tulis "Dua kali aku mencintaimu" seperti tajuk drama tv tapi aku risau ada pembaca tanya aku : " woii...daratua, bila masa kita bercinta? kenal pun tidak!". Malulah aku kan?

Tapi benar. Aku pernah mencintai seorang lelaki sebanyak dua kali. Celaka betul drama tv itu yang mengingatkan aku kepada kisah silam yang bikin sakit hati !

Pertama kali aku mencintainya semasa sama-sama study di UM. Cinta sakan (tapi tak buat apa-apa tau!). Lelaki ini cukup gentleman. Maklumlah pelajar medic...
tapi tiada jodoh sebab mak bapanya tak setuju anak mereka khawin dengan orang Sabah! malaslah mau kasi tau kenapa. So, putusllah cinta. aku graduate dan balik Sabah.

Beberapa tahun kemudian...dengan tidak semana-mana bekas kekasihku yang kini suami orang itu posting di KK. Dia yang mulai cari aku kerana katanya....dia masih ingatkan saya...dan dia tidak bahagia dengan.....

Dipendekkan cerita kerana aku takut pembaca lentok dan ada yang sedih, kami pun bercinta lagi dari hati ke hati. Dari telinga ke telinga (melalui telefon). sakit betul hatiku bercinta begitu. Nak rampas dia memang boleh. lelaki yang dah mabuk cinta ni lebih gila dari perempuan gila tau! Bila-bila aku boleh offer dia duduk serumah, seka..... kalau aku mau, tapi aku bukan perempuan jalang!

Itulah kisah cintaku. Dua kali mencintai orang yang tak wajar aku cintai...
Tapi aku bersyukur kerana aku masih tahu menjaga kehormatan diri
dan menjaga imanku.
Le...laki..., APAKAH ENGKAU BOLEH BERSIKAP SEBAGAIMANA
AKU PEREMPUAN?...

(Stop di sini. Mau jatuh air mataku...)
Opsss...SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA PEMBACA
khusus kepada Jenny, Jovina dan Francisa.

Tuesday, December 23, 2008

LELAKI SEJATI YANG PEMALU!

Baru-baru ni, ada staf baru posting. "Handsome" bangat! macho dan nampak gentleman...tapi masalahnya...DIA SANGAT PEMALU!

Niat di hati nak buat "ehm..ehem..." tapi MASALAHNYA ......aku pun pemalu juga kalau memulakan hubungan dengan lelaki! yalah kan...walaupun aku "laser" sikit tapi kalau bab-bab buat hubungan special dengan kaum Adam...aku juga jaga standard sebagai kaum Hawa yang ada "class". Bukan kelas akulah tackle balak. Nanti silap terpeluk kayu balak yang gatal, mampus aku!

Alahai...melepas lagi lah.
BILALAH NAK JUMPA LELAKI SEJATI YANG TAK PEMALU???

Sunday, December 21, 2008

SMSSS LAGI!

Semalam pun aku kena kacau dengan SMS BUTA. Entah siapa tapi KAUM MONYET lah. Mau kenalan konon. Buduh. Kalau dia tau sms, tentulah dah kenal! Tak gentleman langsung. Kalau dah kenal, cakap terang sajallah nak ajak makan KFC kah, dinner ka, belanja shopping ka....

Ni yang aku meluat dengan kaum Adam ni. Bernafsu nak ngorat anak dara orang tapi tiada skill. Malas layanlah lelaki tiada skill. Buang karannn...

BUANG KREDIT JER LAYAN
LELAKI MACAM MONYET!

Bye....jangan merajuk!
Try again...

SIAPA ITU "LELAKI"???....

Aku dan kekawan sejantina di ofis selalu mengumpat lelaki! Macam-macam definisi kami tentang lelaki. ada yang kata lelaki itu sejenis haiwan ciptaan Tuhan yang BERNAFSU SANGAT BESAR DAN SANGGUP TELAN APA SAJA...terutamanya HAIWAN BERNAMA PEREMPUAN!

Tapi kami akhirnya sepakat mengatakan bahawa LELAKI adalah:

L = LELAH
E = ENGKAU
L = LEMAS
A = ANDA
K = KALAU
I = IKUT ->->-> LELAKI! (terutama laki orang!)

Bye...jangan marahhh....
cup! ahhhhhh....

LELAKI SEJATI DARI MATAKU

Bohonglah kalau seorang perempuan tidak mengimpikan lelaki idaman, kan? kan? Kalau tidak mengidam, itu perempuan tidak normal. Macam lelaki juga. Tiap lelaki ada wanita idaman. Bezanya, kaum lelaki ada ramai wanita idaman. Mengidam artis la, mengidam datin la, mengidam bidadari la. Otak lelaki lampau banyak angan-angan...

Lelaki sejati dari kac mataku ialah lelaki yang ada sifat kelelakian. Tidaklah gagah seperti badang, tidak pula lemah macam pondan! Tidaklah kacak macam hero hindustan , tidak pula hodoh macam monyet! Tidaklah baik budi umpama nabi, tidak pula jahat umpama syaitan.

Aku mengimpikan seorang lelaki yang boleh memberikan kebahagian zahir dan batin. bolehku sandarkan harapan dan kepercayaan. Prihatin denganku (dan anak-anak kami kelak)...Aku tidak memerlukan lelaki kaya, sebab aku bukan WANITA KAMPUNG yang tidak ada kerja. Aku punya kerja tetap dan gaji lumayan. Kalau ditakdirkan kutemui lelaki sejati menganggur pun aku tak kisah kalau berkongsi rezeki. MASALAHNYA...ramai lelaki menganggur mengorat wanita berkerjaya yang lawa-lawa sekadar untuk MEMERANGKAP! INI BUKAN CIRI LELAKI SEJATI. LELAKI SEPERTI INI KITA PATUT PANGGIL - MONYET BANGALI...

Bye...jumpa lagi...

KUCARI LELAKI SEJATI...

Saya sudah kerap kali bercinta tapi belum kutemui lelaki sejati yang sesuai dibuat laki. Ramai monyet telah kucuba bermain cinta monyet tapi dasar monyet pantang nampak pisang muda...
Bukan saya tidak lawa. Ramai monyet nak dekati saya sebab saya lawalah. Itu kata monyet-monyet itu kepada saya setiap kali mereka cuba mengorat saya. Mata saya lawalah. Hidung saya mancunglah. Itu -ini semua lawa. Dasar monyet!...

Kerana kecewa dengan perangai monyet maka saya terfikir untuk membina laman blog ini untuk mengenakan monyet-monyet...dan manalah tahu ketemu LELAKI SEJATI? SIAPAKAH LELAKI SEJATI? AKAN SAYA BERITAHU DALAM ENTRI SETERUSNYA.

ADAKAH ANDA JUGA MONYET? ADAKAH ANDA MELATIDUKA SEPERTIKU?