Tuesday, December 30, 2008

BANYAK KALI AKU MENCINTAI LE...LAKI..

Bukan sekali dua kena main, kena tinggal dek lelaki. Untung tidak kena "main". Maaflah, aku ini laser sikit...

banyak kali dah kena. Banyak jenis lelaki, dari yang remaja sampailah yang tua. Dari yang miskin sampailah yang kaya. Semua sama. Pandai bodek, pandai MUSLIHAT. Jangan-jangan si AWANG MUSLIHAT itu pernah kenakan aku tak? Sebab ada juga bekas "boy friend" saya namanya Awang. Pangeran Awang B. XXX. (Tak sampai hati nak sebut nama penuh....)

Namun....wlaupun banyak kali dikecewakan, aku tidak juga serik-serik. Cinta itu indah bukan?
Bodohlah perempuan yang berhenti mencari cinta sejati. Lainlah kalau awak asyik kena te.......
Cuma...semenjak duamenjak ini, strategiku dah berubah:

SAYA CARI LELAKI BODOH YANG BOLEH DIPERBODOHKAN
DISAMPING MENCARI LELAKI SEJATI YANG MUNGKIN BOLEH DIBUAT LAKI..
(2 IN 1) untung bukan (10 in 1)...

6 comments:

  1. susa mo komen. Ginilah, sya pernah beli jeans, 7,8 kali test ngam ka tidak. Tapi bini saya sekarang...sudah nikah baru ditest...seingat2 saya...tidak pernah juga saya tukar-tukar "girlfriend". tapi mungkin cara saya salah dan cik melati yang betul? bah, harap-harap jumpa yang terbaik...

    ReplyDelete
  2. hm... satu saja sia minta. kalu ko jumpa suda lelaki tu, harap jgn la kau perbodoh-bodohkan dia. tidak perlu saya explain ba, melati faham juga tu. he's ur hubby, da one u chose either to love or to make fool of. the choice is urs kan. u r much better than that ba, sy tau.

    ReplyDelete
  3. rupanya melati duka sedang dalam pertimbangan untuk 'melepas geram' dan 'membalas dendam' kepada lelaki yang boleh 'diperbodohkan'...

    Ada dua perkara yang bermain di benak saya mengenai melatiduka. Mahu mendapat sesuatu yang diinginkan dan pada masa yg sama mempunyai cita-cita memuaskan segala rasa tidak puas hati dipermainkan kerana selalu 'diperbodohkan' oleh bekas2 teman...

    Dendam seorang wanita yang trauma dan paranoid?? Entah la.. mungkin.

    Saya pernah menonton sebuah drama mengenai seorang wanita cantik, tangannya menyembunyikan pisau di belakangnya sementara senyumannya terlalu manis dihadiahkan kepada lelaki2 yg obses kepadanya. Pada masa yang sama mengejar cinta seorang lelaki yang penampilannya agak sederhana, tenang, tahu jaga hati, dan tidak pernah menyenangkan wanita itu dengan material. Dia menghadiahkan wanita itu satu pengertian akan kegigihan dalam hidup dan tidak hanya fokus kepada cinta.

    Bila dengan lelaki yang betul2 disayanginya, dia bagaikan puteri yang cukup sopan dan teratur. Tapi agak ekstrem tindak-tanduknya terhadap lelaki yang dia sasarkan untuk 'diperbodohkan'..

    Adakah melatiduka melihat kehidupannya seperti ini?

    ReplyDelete
  4. aina L.M....klu ini mcm punya pendekatan...seumpama pendekataan si awang. Memang ada harapan si melati cairrrr....hehehe. Bagus jugalah ni laman. keluar barang sisik tapuk sabungan. yg untung si melati dan pembaca lain yang diam-diam mengikuti....bah, melati, ko stedy ja, bukan juga kami mengapa-apakan ko ni...kami bangga kalau kami dapat membantu. tu jer...

    ReplyDelete
  5. Baik-baik menebang jati,
    Biar serpih tumbang jangan;
    Baik-baik mencari ganti,
    Biar terlebih kurang jangan.

    ReplyDelete
  6. Pergi pasar naik kereta,
    Singgah membeli di Milimewa,
    Kita manusia sama sahaja,
    Bezanya cuma amalan kita.

    Sukma Rindu Melati duka,
    Dua putri di ruangan ini,
    Jangan sedih jangan duka,
    Kami di sini hanya mahu berkongsi..

    Baa.. Ini balasan pantun si sukma dan khas untuk Melati... Jangan bah pulak kak2 Melati kasi budu2 itu lelaki kalau sudah jadi lakimu... Kesian..

    ReplyDelete