Sunday, December 21, 2008

LELAKI SEJATI DARI MATAKU

Bohonglah kalau seorang perempuan tidak mengimpikan lelaki idaman, kan? kan? Kalau tidak mengidam, itu perempuan tidak normal. Macam lelaki juga. Tiap lelaki ada wanita idaman. Bezanya, kaum lelaki ada ramai wanita idaman. Mengidam artis la, mengidam datin la, mengidam bidadari la. Otak lelaki lampau banyak angan-angan...

Lelaki sejati dari kac mataku ialah lelaki yang ada sifat kelelakian. Tidaklah gagah seperti badang, tidak pula lemah macam pondan! Tidaklah kacak macam hero hindustan , tidak pula hodoh macam monyet! Tidaklah baik budi umpama nabi, tidak pula jahat umpama syaitan.

Aku mengimpikan seorang lelaki yang boleh memberikan kebahagian zahir dan batin. bolehku sandarkan harapan dan kepercayaan. Prihatin denganku (dan anak-anak kami kelak)...Aku tidak memerlukan lelaki kaya, sebab aku bukan WANITA KAMPUNG yang tidak ada kerja. Aku punya kerja tetap dan gaji lumayan. Kalau ditakdirkan kutemui lelaki sejati menganggur pun aku tak kisah kalau berkongsi rezeki. MASALAHNYA...ramai lelaki menganggur mengorat wanita berkerjaya yang lawa-lawa sekadar untuk MEMERANGKAP! INI BUKAN CIRI LELAKI SEJATI. LELAKI SEPERTI INI KITA PATUT PANGGIL - MONYET BANGALI...

Bye...jumpa lagi...

8 comments:

  1. Saudari kelihatan agak keras dengan lelaki. hehe satu luahan rasa yang agak direct dan berterus terang...

    jika mengikut pengamatan saya, kelihatannya sebahagian besar kehidupan saudari sebagai wanita dikelilingi oleh para lelaki yang gagal membantu saudari mempunyai persepsi baik terhadap kaum adam.

    Chaiyooo.. saudari pasti akan berjumpa juga dengan lelaki idaman itu selagi masih ada percaya.

    ReplyDelete
  2. memang saya ni dah kira ok, kalau tak ok dah lama saya racun lelaki!
    ya...saya masih siuman dan percaya...akan jumpa lelaki yang benar-benar lelaki. hhehehe

    ReplyDelete
  3. selamat berjaya! :)

    saya tidak bermaksud membela kaum lelaki semata-mata untuk menyelesakan melatiduka. kerana 'keselesaan' yang bakal melatiduka rasai bila bertemu lelaki yg sesuai dengan sendirinya akan membuatkan kami terbela dari mata hati seorang perempuan. Jika bukan kepada kami pun, tetapi sekurang2nya untuk lelaki yang bakal berjaya menyelinap ke dalam dunia hati melatiduka...

    :)

    ReplyDelete
  4. alaaa... mana si awang muslihat ni??? dia bah ngam jawab masalah ko ni melati. hehehe

    ReplyDelete
  5. haha..

    ya. betul tu yu$. sya tertunggu2 juga kelibat Ag. Muslihat nie... teruja juga mo tingu dia gerangan apakah 'bicara laksamana'nya nanti utk melatiduka nie..

    ReplyDelete
  6. tapi ko pun hebat juga ko punya komen2 tau little mike. bahaya ko ni, ada isi.

    ReplyDelete