Tuesday, October 27, 2009

CINTA LIMA SEGI...

Alang-alang melukakan hati lelaki biar seramai mungkin. Inilah prinsip melati semenjak dua menjak ini selepas ramai lelaki kacau hentam melati.
Kes cinta lima segi ini bukan rekaan semata-mata, namun memang melati mereka-reka rasa cinta dalam sanubari melati. Al kisah terjadilah cinta itu begini ceritanya:
bos melati suka melati dari mulai melati lapor diri. rakan sekerja melati pun ada dua orang menanti-nanti kejatuhan hati melati kepada mereka. yang sorang kacak macam abang Roshyam Nor pelakon tu, yang seorang hidung kemekkk pipi tersorongg-soronggg. sorong dengan MyV melati kanggg...
paling melati lucu, abang driver syarikat melati pun boleh jatuh hati! alamakkk terlebih kuorta sudah...tapi paling naya bila pak guard pun ikut-ikut memancing cinta melati.

Berani-berani pula mereka menelefon dan meng"SMS" melati tengah-tengah malam. Melati macam biasa layan bek punyer terutama bos melati yang mengakui dirinya tidak bahagia...
Melati tak boleh menolaknya kerana....
kerana...
keranaaa...
MELATI NAK JERANGKAP MONYET2 TU!

Friday, October 23, 2009

SIKIT MAKAN PENAMPAR

MeLaTi kaum lemah, lelaki seperti anda kaum gagah perkasa macho. Siapa yang patut tampar siapa dan siapakah pula yang lebih layak melindungi?
A. Lelaki
B. Jantan ( )
C. Monyet

barangkali kaum monyet tidak mahu menjawab soalan melati diatas lantas menyoal melati dengan soalan biasa kaum monyet: - woiii ngko nampak ni? mo kena? bagi sebijik kang!
Biasalah kan wahai kaum sejenis melati.
Biasalah mereka-mereka itu menunjuk kejantanan dan tidak pernah ada rasa kemaluan terhadap kaum melati.
Jantan ape sikit-sikit nak kasi penampar?
Itulah yang pernah melati lalui sebulan dua lepas, hampir makan penampar seorang lelaki yang melati sangka budiman tau-tau monyetan...

macho haprakkkk.
nyesalll melati setengah mati...

Tuesday, October 20, 2009

BIARKAN MONYET BERGAYUT-GAYUTAN...

Sudahkan anda ke mini zoo di Lok Kawi? Ada beberapa ekor kaum lelaki yang dah jadi monyet disana. Comellll, bergayut dan bermesraan lagi. Bila diberi pisang, bukan main galak lagi! harap-harap ia bukan monyet betina yang kepingin pisang...
Bila melati nengok monyet jantan yang bergaduh kerana nak menakluki monyet betina yang kepingin mengawan barangkali, geli gelaman dan meluat melati dibuatnya. Lelaki begitulah, sanggup bermati-matian, berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan seorang gadis, tapi lelaki jugalah yang menyebabkan peribahasa; "habis madu, sepah dibuang"....
Melati mengaku, melati pernah menjadi mangsa, menjadi tebu tapi melati tidak mengaku melati kelapa yang sudah ditebuk tupai! Tidak sesekali! no! no! no!
Melati hanya dipermainkan oleh teman-teman lelaki melati dulu yang suka bergayut di pondok tepon (telefon awam) sampai subuh. Lelaki mat gayut ini bersilih ganti melukakan hati melati kerana terpaksa bersengkang mata!
Itulah kenangan yang bila melati ingat-ingat maka melati menyamakanlah mereka dengan monyet-monyet yang sedang bergayutan di zoo, di hutan...di kompleks beli belah...

Tidak melati hairan,
ada lelaki dilahirkan menjadi mon...yet...
ada monyet taubat jadi lelaki
Tapi mungkin bukan abang/pakcikkk...
I'm sorryyy uncleee...

Sunday, October 18, 2009

SMS TENGAH MALAM...

Pernah dapat sms ngorat, sms hangat, sms palsu jauh-jauh malam? biasa? memang itulah taktik biasa kaum mon...
Melati antara mangsa sms ngorat tu. Ntah siapa beri no hp melati. seingat melati, tak pernah pula melati mengiklankan diri melati.
"...yang kesepian"...itu antara isi sms seorang ops seekor monyet kepada melati beberapa hari yang telah berlalu.
Tau apa jawapan melati? melati jawab; "...pi zoo...cari teman..."
sms datang lagi, dan melati x jawab lagi. Melati tahu itu taktik kaum lelaki yang dah mulai tumbuh ekor atau tumbuh tanduk atau paling tepat dah mulai menggatalll...
Nasihat melati kepada kaum sejenis dan senasib melati cukup praktik dan pasti berkesan:
1. Jawab direct to the point - MAKI HABIS-HABISAN dengan cara paling kewanitaan!
2. Usah layan lagi selepas itu. Siapa layan, alamat terkena. Sebab biasanya ayat-ayat kaum monyet ini menyusul sebaris demi sebaris. Jadi sebelum menjadi satu madah berhelah, PADAM terusssssssssss....

Jom pergi ke zoo....mana tahu ada antara pemangsa-pemangsa kita telah ditempatkan di sana.

Thursday, October 15, 2009

PADAN MUKA MU KA...

Padan muka! itulah yang paling sesuai dihadiahkan kepada lelaki-lelaki yang hidung kontot tapi mengaku mancung, pipi tembam, perut boroi tapi mengaku slim muda remaja. Dasar mon...
Melati ada satu staf, maksud melati, staf bawahan melati tapi alahaiiii punyalah pelupa. Melayu mudah lupa benar. Bukan lupa dompet atau helmet kapcainya tapi LUPA DIRI! Lupa dia siapa. maksud melati bukan lupa dia cuma lulusan SRP, bukan. Dia lupa yang dia itu sudah beranak bini. Bukan sikit2 bininya ...kalau tak silap anaknya ada 8 dari dua bini, dan ada hati konon beris "three". Taik kuching betul. Menyampahhhhhh melati....
Mungkin kerana pelupanya itulah makanya staf bawahan melati itu hilang rasa hormatnya kepada atasan sehingga berani bangat mengorat melati depan....depan siapa lagi kalau bukan kaum sejenisnya yang juga pelupa!

jadi,,,barangkali tidak keterlaluan jika melati tulis di sini dengan penuh keikhlasan:"LELAKI MUDAH LUPA..."

kepada kaum sejenis melati, apa kata kita ketawa sama-sama?
1,2,3....KETAWAAAA...

Monday, October 12, 2009

MONYET TERCARI-CARI...

Beberapa bulan melati melayukan diri tapi kini kembang mewangi kembali khas untuk LE..LA..KI @ moonn.....(bukan bulan tapi mon...yettttttttttt...).
Sedih untuk melati ceritakan kenapa melati terpaksa melayukan diri ini, semua gara2 lelaki. Melati bukan kena rogol atau diapa-apakan cuma melati menerima lampau banyak tohmahan, sindiran, kutukan, bahkan ada juga monyet2 mengugut melalui e-mail melati sampai kepenatan melati "mendelete"nya.
Alahaiii monyet, tak dapat bunga terkinja-kinja, diberi bunga, dimain2kan saja, disepah-sepah, kalau dimakan "OK" laa juga...
Ni melati nak kongsi sikit cerita tentang lelaki. Siapa lagi kalau bukan staf kat opis melati juga. sudahlah miang, gatal lagi. Tak sah kalau tak buat gangguan sexsual, paling tidaklah main mata. kalau 10x masih melati anggap matanya masuk habuk, tapi kalau dah susah dikira, dah sah ada benda jatuh dalam hatinya!
oya, baru melati ingat, melati lupa ucap perkara yang melati wajib ucapkan: "SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN"
Kalau ada monyet terluka disana sini tu, pandai-pandailah korang jahit sendiri. Kalau nak minta rawatan dengan melati, alamat kena jahit lebih banyak luka lagi...

Baru lega sikit hati melati....

Monday, June 1, 2009

BUNGA YANG LAYU...BODOH!!!

Sebut pasal bunga....bikin sakit hati! Selalu melati masuk blog kaum hawa dan sesetengah blogger hawa ni suka main ayat berbunga...berbunga-bungaaa...kemaruk di datangi sang kumbang barangkali.

Ahhh...wanita. Tak abis-abis memuja kumbang, sedangkan tahu sang kumbang tak mungkin melekat selama-lamanya pada kelopak bunga. Habis manis, bunga merana! Itulah sebab Melati kalau depan lelaki, sangup mati dari main bunga-bunga.

Bunga betul? ada jugalah Melati tanam sepohon dua. Tapi Melati simpan dalam bilik, sehingga kumbang tak mampu datang dan pergi sesuka hati. Pernah juga sekali dua kumbang masuk kamar Melati tapi Melati hambat dengan penyapu sawang sampai matiii...

Itu kumbang yang tak berdosa sebab tak sempurna akal, kalau "kumbang" di kalangan manusia yang sempurna akal dan fikiran, bukan lagi penyapu, silap-silap Melati langgar dengan kereta MyV melati....

Kan bagus tak berbahasa basi, berbunga-bunga!

Friday, May 29, 2009

MONYET ADA HP...

Satu hari, ops pernah sudahkah melati cerita ini cerita? ....satu hari ada suku sakat "awang muslihat" cuba-cuba mengorat melati, siap tayang HP baru jenis E71! Boleh akses internet, kamera 3.2 MP konon. siap nak tangkap gambar melati, tapi melati cepat-cepat bagi signal "TUMBUK"...nafsu si monyet pun koyak-koyakan barangkali sebab dia terus tersipu-sipu. Tahu pula malu. Ummphh...baguslah...

Kemudian ada pula staf lelaki kawan melati juga mau menayang-nayang HP baru jenama samsung. "Touch Screen" konon. Memanglah lawa, canggih dan mahal, tapi sayang, wajahnya tak lawa, personaliti tak canggih dan budi pekertinya amat-amat-amat MURAH.

Balik rumah melati catat dalam diari melati.
"HARI INI SAYA JUMPA DUA EKOR MONYET BARU BELI HP BARU..."
Anda bagaimana? Ada beli HP baru?
Jika "YA"....dengan anda-anda sekalilah tuuu....
(YesSSSSsssss....)

Wednesday, May 27, 2009

PATUTLAH DIPANGGIL MONYET!...

Satu hari saya baca news. Terharu tengok kes rogol. Yang dirogol bukan lelaki, yang merogol itu lelaki. sudahlah tua, dah dekat nak mampus sudah. Terlebih betul sudahhhhh...

Monyet pun "merogol" pisang orang tapi mereka kalau makan masih ada adat kesusilaan mengikut tradisi monyet! Mereka pandai tarik nafas sebelum makan. Pandai kupas sebelum makan. Lelaki perogol? Rogol terussss sampai nak membunuh pun ada. Monyet? Mana ada monyet gigit batang pisang yang dia ambil buahnya.

Berdasarkan analogi di atas, izinkan saya mengelar lelaki ADALAH MONYET! Bahkan lebih dajal, lebih jajal, lebih khianat daripada sekalian monyet-monyet yang ada di maya pada ini!

Melati sedang bersedih bukan sedang "bermarah". Jadi melati tak kuasa nak main kata-kata berbunga-bunga, takut pula didatangi monyet meminta bunga. Buat apa diberi bunga kepada monyet? Bak kata pepatah - "UMPAMA MONYET MENDAPAT BUNGA".

Cukuplah untuk tatapan para monyet.
Tata..tatata...jumpa lagi MOOOO...NYETTTT...

Monday, May 25, 2009

SAYA CUBA MEMAAFKAN LELAKI TETAPI...

Lama bangat tidak main blog. selain talian rosak, dan PC rosak, hati saya juga ROSAK dek perangai monyet-monyet yang sering lalu lalang depan mata, depan rumah sewa, depan meja dan di mana-mana. Bergayutan monyet-monyet itu di mana-mana terutama di komplek membeli belah...

Melati kembali. Sakit hati juga baca komentar para monyet tapi sejuk hati baca komen lelaki budiman macam..... (cehhhhh....kembanglah tu! yang merasa kembang kembis hidung tu pun MONYET!)

Banyak mau cerita tapi melati tak mau cerita sekali gus sebab takut "habis manis sepah di buang". Maklumlah para lelaki ni suka buang sampah merata-rata! Tak caya, pergilah survey. Kaum lelaki, sedap sakan isap rokok, lepas tu....cuitttt...selamba ja buang puntungan! Monyet pun tak buat macam itu!...

Ahhhhh....lapang la sikit selepas melepaskan kerinduan kepada kaum lelaki ni...
JUMPA LAGI!...
cup! cup! cup! ahhhhhhh....

Saturday, January 10, 2009

LELAKI JUGA TEMBERANG?

Melati cukup yakin, kalau wanita diajukan soalan di atas, sedialah kaum lelaki untuk menutup telinga. BERSEDIA UNTUK MENAHAN KEMALU-MALUAN...

Confirm! Tak syak lagi. 99.9% akan jawab "of couse"...0.1% tu kira jaga hati kaum lelaki lah tu.
Melati dapat idea ni baru tadi bila kenang kes di ofis baru-baru ini.

Ceritanya: ada seekor monyet sudah berbini cuba-cuba buat sesuatu yang boleh disabitkan sebagai "sex arrestment" laa. Menempel-nempel dekat staf kami yang kebetulan memang lawa. Kacau orang buat kerja. Kalau bantu kerja taak apalah juga, ni...JUAL TEMBERANG. Konon ada beli aset hartanah, rumah baru di KK, dan sedang fikir nak buka bisnes multimedia lagi. Punyalah temberang sedangkan masa di cafeteria baru-baru ni melati nampak duit dalam dompetnya masa bayar di kaunter. Melati tak nampak pun not ribu atau ratus, cuma keping-keping duit RM1 yang dah lusuh-lusuh! Cissss....0.01% pun melati tak hingin jadi bini...

Sambung cerita. Last2 melati terpaksa selamatkan gadis ayu tak berdosa itu dari terperngkap lelaki temberang. Melati panggil konon-konon bos nak jumpa. SELAMATTTTT.....

Mungkin selama ini pembaca-pembaca anggap melati ni lampau jahat?
Tapi bukankah dalam contoh kes di atas
MELATI ADALAH KEROIN YANG CUKUPPPPP.....BAIKKKKK

Byeeee....cup! ahhhhhh....

Thursday, January 8, 2009

LELAKI KALAU TAK MENIPU TAK HIDUP...

Tajuk diatas terlampau keras atau masih belum cukup keras. Melati dah cukup perhaluskan sebenarnya. Mula-mula melati mau tulis; "Lelaki: Hidup Untuk Menipu!"...tapi bila melati fikir2 balik memang agak keras....so, melati ubahsuai jadi lebih sopan sikit...

Lelakikah yang sedang membaca tulisan melati ini? Di mana anda membaca? Di ofis? Di cybercafe? di dalam kereta? dalam rumah? Katakanlah tiba-tiba isteri anda (jika ada bini. Kalau si....siapa follower kak melati yang belum ada bini tu?...) menelefon tanya anda di mana, apa jawapan anda?
Melati jangka, dalam 1000 lelaki yang berada dalam situasi ini, ciumlah melati kalau ada 1000 lelaki yang jujur 100%!

Lagi satu kes lebih berat sikit. Katakan ada seorang lelaki/suami sedang "dating" dengan seorang gadis bodoh (bodoh sebab mudah diajak dating). Tiba-tiba handphone berbunyi. Mestilah si llaki/suami tengok siapa pemangggilnya kan? Katakan si pemanggilnya ialah kekasih/bini. Melati jangka dalam 1000 lelaki/suami yang berada dalam kes ini, MUSTAHIL ada 1 orang yang berani cakap jujur. Kalau ada, itu bukan lelaki namanya. Barangkali dia pondan!

Ahhhhhh....lega sikit hati melati....
Byeeeee....

Tuesday, January 6, 2009

LELAKI BIASANYA TIDAK SABAR...

Hai lelaki...lelaki...
Belum seminggu melati tak post aapa-apa, sudah ada 2,3 monyet hantar e-mail, tanya kenapa melati membisu. Rindu dengan melati konon! Malas arrr nak layan-layan.

Okay laa...melati tulis lagi pasal lelaki.
Di mata melati, kaum lelaki ini kebanyakannya tidak kesabaran. Marah dikata tidak sabar? Kalau marah dah sah lelaki memang tidak sabar sebab yang cepat marah ini juga kaum lelaki!
Dan yang banyak e-mail minta melati menulis lagi bukannya followers kalangan wanita. Bukan aragangtandek, bukan mawar....semuanya lelaki, kalau bukan lelaki tentu kalangan monyet.

Melati bukan keabisan modal pasal lelaki. Setakat modal, huhhh...berlambak-lambak dalam diari. Dari start buka mata sampai tutup mata, banyak kisah buruk lelaki yang melati jumpa sehari-harian. di Ofis, di cafe, di jalan raya, di kompleks beli belah, di warung, di restoran....sampai tak larat nak tulis!

Melati menghilang diri sebentar sebab melati jalan-jalan makan angin, cari makan, tengok lelaki khawin...tengok lelaki berbini dua! Panas betul Melati tengok kawan karib melati khawin dengan seorang lelaki yang dah kira ambang pencen. Nak kata kaya macam Datuk K, tidak juga . Nak kata lawa macam Yusuf Haslam jauh sekali. Emmm,,,rasa-rasanya lawa lagi gambar salah seorang follower Melati...

Aduhaiii....lelaki memang tak sabar. Agaknya si tua bangka tu tak sabar nak khawin muda sebab takut MATI tak lama lagi!

SAH! LELAKI TIDAK SABARRR...