Thursday, January 8, 2009

LELAKI KALAU TAK MENIPU TAK HIDUP...

Tajuk diatas terlampau keras atau masih belum cukup keras. Melati dah cukup perhaluskan sebenarnya. Mula-mula melati mau tulis; "Lelaki: Hidup Untuk Menipu!"...tapi bila melati fikir2 balik memang agak keras....so, melati ubahsuai jadi lebih sopan sikit...

Lelakikah yang sedang membaca tulisan melati ini? Di mana anda membaca? Di ofis? Di cybercafe? di dalam kereta? dalam rumah? Katakanlah tiba-tiba isteri anda (jika ada bini. Kalau si....siapa follower kak melati yang belum ada bini tu?...) menelefon tanya anda di mana, apa jawapan anda?
Melati jangka, dalam 1000 lelaki yang berada dalam situasi ini, ciumlah melati kalau ada 1000 lelaki yang jujur 100%!

Lagi satu kes lebih berat sikit. Katakan ada seorang lelaki/suami sedang "dating" dengan seorang gadis bodoh (bodoh sebab mudah diajak dating). Tiba-tiba handphone berbunyi. Mestilah si llaki/suami tengok siapa pemangggilnya kan? Katakan si pemanggilnya ialah kekasih/bini. Melati jangka dalam 1000 lelaki/suami yang berada dalam kes ini, MUSTAHIL ada 1 orang yang berani cakap jujur. Kalau ada, itu bukan lelaki namanya. Barangkali dia pondan!

Ahhhhhh....lega sikit hati melati....
Byeeeee....

13 comments:

  1. Hehehehee..betul 2 melati.

    Asal namanya manusia.tiada yang terkecuali dari tidak menipu bah...mesti ada tu.

    ReplyDelete
  2. Menipu tidak memilih jantina dan situasi... Lelaki menipu atau wanita menipu.. lelaki tipu lelaki atau wanita tipu wanita atau menipu diri sendiri atau terasa ditipu? Sejauh mana kita berhemah memerhatikan diri sendiri dan di sekeliling..

    Dalam hukum kehidupan dan agama ada panduan yang baik yg menuntun cara membawa diri. Orang bijak mengatakan 'perkataan orang fasik menghadang darah, tapi mulut orang jujur menyelamatkan orang'... Sejauh manakah manusia ada usaha utk menjadi jujur?

    Apa pendirian yg melati ambil terhadap konteks 'lelaki menipu' dan ada 1 orang yang berlaku jujur tapi masih melati mengklasifikasikan PONDAN?

    Apa pula tanggapan melati bila mencintai seseorang untuk kali yang ke dua sekalipun lelaki itu isteri orang? Rasa2nya isteri orang itu 'tentu' tidak rasa tertipu kerana yg mencintainya itu adalah melati....

    Barangkali kalau wanita yg melakukan penipuan ia tidak dipanggil tipu. Mungkin tipu itu akan cuma dikatakan SAH MENIPU di mata melati bila yg melakukannya itu lelaki.... :)

    Saya setuju dengan kesederhanaan tanggapan tentang komen (nong_justina)yg mengatakan 'asal namanya MANUSIA tiada yang terkecuali dari tidak menipu...'

    Akhir sekali saya tetap akui tipu daya tetap wujud....

    'tipu daya ada di dalam hari orang yang merencanakan kejahatan tapi org yang menasihatkan kesejahteraan mendapat sukacita' - RAJA SULAIMAN.

    ReplyDelete
  3. Butul itu Mike...sedangkan kanak2 pun ada juga yang menipu semata2 mengelak dari dimarahi oleh ibu bapa.Ini kan pula orang dewasa yang saya kira memiliki daya pemikiran dan tipu helah yang tinggi...

    bilang urang Dusun "SUBAI KIAKAL BO"(mesti ada alak) heheheee...

    pun saya suka posting yang melati buat ni.Bikin panas2,bikin keluar idea dan banyak lagilah...
    hehehe...

    teruskan blog ah melati

    ReplyDelete
  4. nukilan cik melati, bisa tapi tak membunuh. Tajam tapi tak melukakan. - bagi mereka yang tak berkenaan. Selain suara hati cik melati, yang bikin saya suka blog ini ialah respon pantas para pembaca tetap espcially Little-Mike...
    Hmm...mana dorang c yus dan c Muss....tak kan masuk ICU baca entri cik melati! hehehehe....

    ReplyDelete
  5. Mungkin durang c Yus dan c Muss ni ada kana tempias2 kali ba ni Sanguru.hehee

    ReplyDelete
  6. Manusia ni hanya pandai bercakap tapi tak tau lgi perbuatannya... lain luar lain dalam...ada kalanya kita sama saja..

    ReplyDelete
  7. wuik... osibuk gima wooo. kalu inda sibuk saya pun antara paling awal komen tu kekekeke... kan cik melati ... hm, banyak kraja oo. si muss tu yg kana tempias heheheh.

    ReplyDelete
  8. suka sgt sy baca blog c cik melati ni...tp kan, apa yang sy muskil ialah kenapa ba dia benci sgt2 sama semua lelaki ni??terlintas di benak pikiran sy bahawa c cik melati ni mcm pernah berumahtangga dan telah mempunyai anak 4-5 urg..yang ssh sagat d kasi makan sbb di tinggalkan suami yang tau bikin anak tp tdk tau jaga...dan biarkan cik melati yang ssh payah cri makan untuk anak2 tadi. Tapi kalu baca blog ni pula c cik melati kita ni belum kawin so..apa yang dia marah sangat ni??
    Kalau pasal break tp baru boyfriend and girlfriend...alaaaa apa sangat ba tu! bukan lelaki (BOYFREIND) dia seorang sja yang ada...ramai la bha kan Yu$??hehe...

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Uiks... naaaa.... Baru saya balik dari KK ni tau.. Sorry ya.. Hehe.. Yang Mampu adikmu katakan teruskan perjuanganmu Kak Melati Duka.. Semoga bertedengan Lelaki idaman.. Hehe..

    Sanguru..
    Inda' juga saya ni masuk ICU bah.. Sebabnya apa yang Kak Melati Duka ceritakan itu bukan khas untukku... Untuk semua lelaki termasuk sanguru.. Kan..Kan... Hehehehe
    Hari jumaat lagi tu saya pulang.. mintak MC sama saya punya boos ada hal di KK...

    ReplyDelete
  10. tidak semua lelaki baik dan tdak semua perempuan itu jujur

    ReplyDelete
  11. Heheehehe..ini barulah boleh dikatakan "kondem" tanpa berfikir dulu..yang lebih menyedihkan, tulisan ini dibuat tanpa ada nilai kajian dan logiknya..betul ka semua lelaki seperti yang dikatakan oleh sang penulis ini..sepertinya sang penulis pernah mengalami sesuatu yang dialami bersama lelaki sehingga trauma dan masih fobia untuk melihat kebaikan2 kaum lelaki..hehehehe...malangnya..

    ReplyDelete
  12. yalaa tuuu...malanglah saya ini sebab menolak munyittt...hehehehehehe

    ReplyDelete
  13. tidak ada wujud yang sempurna...
    jgn kan menipu orang lain. terkadang kita sendiri suka menipu diri kita sendiri. baik pria ataupun wanita.

    ReplyDelete