Saturday, January 10, 2009

LELAKI JUGA TEMBERANG?

Melati cukup yakin, kalau wanita diajukan soalan di atas, sedialah kaum lelaki untuk menutup telinga. BERSEDIA UNTUK MENAHAN KEMALU-MALUAN...

Confirm! Tak syak lagi. 99.9% akan jawab "of couse"...0.1% tu kira jaga hati kaum lelaki lah tu.
Melati dapat idea ni baru tadi bila kenang kes di ofis baru-baru ini.

Ceritanya: ada seekor monyet sudah berbini cuba-cuba buat sesuatu yang boleh disabitkan sebagai "sex arrestment" laa. Menempel-nempel dekat staf kami yang kebetulan memang lawa. Kacau orang buat kerja. Kalau bantu kerja taak apalah juga, ni...JUAL TEMBERANG. Konon ada beli aset hartanah, rumah baru di KK, dan sedang fikir nak buka bisnes multimedia lagi. Punyalah temberang sedangkan masa di cafeteria baru-baru ni melati nampak duit dalam dompetnya masa bayar di kaunter. Melati tak nampak pun not ribu atau ratus, cuma keping-keping duit RM1 yang dah lusuh-lusuh! Cissss....0.01% pun melati tak hingin jadi bini...

Sambung cerita. Last2 melati terpaksa selamatkan gadis ayu tak berdosa itu dari terperngkap lelaki temberang. Melati panggil konon-konon bos nak jumpa. SELAMATTTTT.....

Mungkin selama ini pembaca-pembaca anggap melati ni lampau jahat?
Tapi bukankah dalam contoh kes di atas
MELATI ADALAH KEROIN YANG CUKUPPPPP.....BAIKKKKK

Byeeee....cup! ahhhhhh....

Thursday, January 8, 2009

LELAKI KALAU TAK MENIPU TAK HIDUP...

Tajuk diatas terlampau keras atau masih belum cukup keras. Melati dah cukup perhaluskan sebenarnya. Mula-mula melati mau tulis; "Lelaki: Hidup Untuk Menipu!"...tapi bila melati fikir2 balik memang agak keras....so, melati ubahsuai jadi lebih sopan sikit...

Lelakikah yang sedang membaca tulisan melati ini? Di mana anda membaca? Di ofis? Di cybercafe? di dalam kereta? dalam rumah? Katakanlah tiba-tiba isteri anda (jika ada bini. Kalau si....siapa follower kak melati yang belum ada bini tu?...) menelefon tanya anda di mana, apa jawapan anda?
Melati jangka, dalam 1000 lelaki yang berada dalam situasi ini, ciumlah melati kalau ada 1000 lelaki yang jujur 100%!

Lagi satu kes lebih berat sikit. Katakan ada seorang lelaki/suami sedang "dating" dengan seorang gadis bodoh (bodoh sebab mudah diajak dating). Tiba-tiba handphone berbunyi. Mestilah si llaki/suami tengok siapa pemangggilnya kan? Katakan si pemanggilnya ialah kekasih/bini. Melati jangka dalam 1000 lelaki/suami yang berada dalam kes ini, MUSTAHIL ada 1 orang yang berani cakap jujur. Kalau ada, itu bukan lelaki namanya. Barangkali dia pondan!

Ahhhhhh....lega sikit hati melati....
Byeeeee....

Tuesday, January 6, 2009

LELAKI BIASANYA TIDAK SABAR...

Hai lelaki...lelaki...
Belum seminggu melati tak post aapa-apa, sudah ada 2,3 monyet hantar e-mail, tanya kenapa melati membisu. Rindu dengan melati konon! Malas arrr nak layan-layan.

Okay laa...melati tulis lagi pasal lelaki.
Di mata melati, kaum lelaki ini kebanyakannya tidak kesabaran. Marah dikata tidak sabar? Kalau marah dah sah lelaki memang tidak sabar sebab yang cepat marah ini juga kaum lelaki!
Dan yang banyak e-mail minta melati menulis lagi bukannya followers kalangan wanita. Bukan aragangtandek, bukan mawar....semuanya lelaki, kalau bukan lelaki tentu kalangan monyet.

Melati bukan keabisan modal pasal lelaki. Setakat modal, huhhh...berlambak-lambak dalam diari. Dari start buka mata sampai tutup mata, banyak kisah buruk lelaki yang melati jumpa sehari-harian. di Ofis, di cafe, di jalan raya, di kompleks beli belah, di warung, di restoran....sampai tak larat nak tulis!

Melati menghilang diri sebentar sebab melati jalan-jalan makan angin, cari makan, tengok lelaki khawin...tengok lelaki berbini dua! Panas betul Melati tengok kawan karib melati khawin dengan seorang lelaki yang dah kira ambang pencen. Nak kata kaya macam Datuk K, tidak juga . Nak kata lawa macam Yusuf Haslam jauh sekali. Emmm,,,rasa-rasanya lawa lagi gambar salah seorang follower Melati...

Aduhaiii....lelaki memang tak sabar. Agaknya si tua bangka tu tak sabar nak khawin muda sebab takut MATI tak lama lagi!

SAH! LELAKI TIDAK SABARRR...