Tuesday, October 20, 2009

BIARKAN MONYET BERGAYUT-GAYUTAN...

Sudahkan anda ke mini zoo di Lok Kawi? Ada beberapa ekor kaum lelaki yang dah jadi monyet disana. Comellll, bergayut dan bermesraan lagi. Bila diberi pisang, bukan main galak lagi! harap-harap ia bukan monyet betina yang kepingin pisang...
Bila melati nengok monyet jantan yang bergaduh kerana nak menakluki monyet betina yang kepingin mengawan barangkali, geli gelaman dan meluat melati dibuatnya. Lelaki begitulah, sanggup bermati-matian, berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan seorang gadis, tapi lelaki jugalah yang menyebabkan peribahasa; "habis madu, sepah dibuang"....
Melati mengaku, melati pernah menjadi mangsa, menjadi tebu tapi melati tidak mengaku melati kelapa yang sudah ditebuk tupai! Tidak sesekali! no! no! no!
Melati hanya dipermainkan oleh teman-teman lelaki melati dulu yang suka bergayut di pondok tepon (telefon awam) sampai subuh. Lelaki mat gayut ini bersilih ganti melukakan hati melati kerana terpaksa bersengkang mata!
Itulah kenangan yang bila melati ingat-ingat maka melati menyamakanlah mereka dengan monyet-monyet yang sedang bergayutan di zoo, di hutan...di kompleks beli belah...

Tidak melati hairan,
ada lelaki dilahirkan menjadi mon...yet...
ada monyet taubat jadi lelaki
Tapi mungkin bukan abang/pakcikkk...
I'm sorryyy uncleee...

1 comment:

  1. hahaha... ni kali la melati. siuk pula membaca. teruskan menulis.

    ReplyDelete